Ahad, 10 April 2011

Hak-hak Pengguna

Dalam subjek Pendidikan Moral,kita telah belajar tentang Hak Asasi Manusia yang merangkumi nilai melindungi hak pengguna yang membawa definisi "membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi".


Untuk menjadi seorang pengguna yang bijak dan mengelakkan diri daripada dieksploitasi,kita haruslah memahami hak-hak yang diberikan khas untuk semua pengguna di dunia ini.

Terlebih dahulu,kita haruslah memahami maksud pengguna ,konsumerisme,dan serba sedikit tentang tanggungjawab seorang pengguna..
Pengguna bermaksud orang yang mengunakan barang, perkhidmatan dan sumber semula jadi.

Konsumerisme pula semaksud dengan kepenggunaan bermaksud segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka.


Antara lapan hak pengguna termasuklah seperti yang berikut:
- Hak untuk mendapat keperluan asas
Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.


- Hak untuk mendapat keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.

- Hak untuk mendapat maklumat
Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.

- Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.

- Hak untuk mendapat ganti rugi
Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

- Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

- Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.

- Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat. 
Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.



*TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Tanggungjawab pengguna terhadap diri
-Mesti rasional dan bijak.
-Membuat belanjawan diri
-Kesedaran mengkritik(suarakan kritikan sekiranya tidak memuaskan hati)



*TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT
-Bersatu padu dan bekerjasama
-Tanggungjawab sosial
-Menjaga alam sekitar dan alam semula jadi


Antara tujuan dan kepentingan menjaga hak sebagai seorang pengguna adalah seperti yang berikut:
  * Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu
  * Tidak berlaku penyelewengan oleh pengeluar
  * Menjadi individu bermaklumat
  * Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan berwibawa


Sumber: Portal Smart Consumer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan