Selasa, 13 April 2010

Isu Kenaikan Harga Gula

Gula naik 20 sen sekilo hari ini

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.
Kementerian itu pada masa sama menarik balik subsidi ke atas harga roti putih yang sebelum ini dikategorikan sebagai barang kawalan.
Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.
Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.
“Berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada 2010 sebanyak 1.26 juta tan metrik, tanggungan subsidi gula oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion pada 2010 berbanding RM720 juta pada 2009 jika harga gula dikekalkan.
“Mengambil kira senario ekonomi pada masa ini, kerajaan bersetuju untuk mengekalkan pemberian subsidi gula dengan hanya menaikkan harga gula sebanyak 20 sen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun harga gula di Malaysia dinaikkan tetapi ia masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia Tenggara.
“Harga baru gula di Semenanjung ialah RM1.65 sekilogram berbanding Thailand (RM2.50), Singapura (RM3.05), Indonesia (RM3.40) dan Filipina (RM3.62),” katanya.
Mohd. Zain menegaskan, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen hanya akan membawa kesan kenaikan harga yang minimum ke atas produk berasaskan gula termasuk makanan dan minuman.
“Kenaikan tertinggi melibatkan krimer pekat manis seberat 505 gram dengan anggaran kandungan gula 228 gram, kosnya cuma naik 4.6 sen sahaja atau kurang daripada 5 sen.
“Secawan teh tarik dengan anggaran gula 40 gram hanya akan mengalami kesan kenaikan 0.8 sen, iaitu kurang daripada 1 sen,” katanya.
Mengenai roti putih pula, beliau berkata, barangan makanan tersebut akan ditarik keluar daripada skim kawalan harga juga mulai 1 Januari ini.
“Roti putih dikawal pada 2009 dan diberi subsidi supaya harganya berada di tahap tertentu, kerajaan bagaimanapun tidak beri subsidi lagi mulai 2010.
“Peniaga (roti) tidak boleh naik harga roti putih pada malam ini tetapi boleh naik selepas 1 Januari berdasarkan pertimbangan mereka dan keadaan pasaran,” katanya.

           Sumber: Utusan Malaysia Online




Isu ini bolehlah dikatakan sebagai isu yang agak lama bagi tahun ini.
Berikut adalah  bancian yang dibuat oleh Utusan Online dan juga serba sedikit pandangan rakyat Malaysia terhadap isu ini yang saya setuju.














Daripada Irwaty Ridzuan
Pada pandangan saya, kenaikan harga gula adalah tepat pada masanya untuk menyedarkan pengguna tentang pentingnya menjaga pengambilan gula dalam makanan dan minuman, berhemah dalam pengunaan gula dalam makanan seharian. lagipun kadar obesiti kat malaysia ni dah makin meningkat..jadi inilah masanya kita praktikan.
Budak2 ke sekolah, ibubapa patut sediakan bekalan air (air masak atau air ribena tanpa gula) dan kalau ada masa sediakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Dari sini kita boleh jimatkan duit belanja, kesihatan anak2 terkawal.
Apa yang penting, kerajaan perlu pantau peniaga agar tidak sewenang-wenangnya menaikan harga air atau makanan. Paling baik, minta peniaga kurangkan gula dalam minuman/makana maka harga minuman/makanan perlu turun jugalah..
Masalah orang kita cakap pandai nak praktik mula beri macam-macam alasan..


Daripada adzrani
benda-benda yang kadang-kadang memberi mudharat pada kita, itu la yang kita suka. contohnya rokok. naik bapa ringgit pun beli jugak. kalo xbeli Dunhill pun beli jenama yang murah sikit. kalau dah tegar tetap beli jugak. berenti pun mungkin sebab harga yang mahal bukan sebab hukum. dah jelas dalam islam haram mengambil benda-benda yang merosakkan badan. gula kalau diambil terlalu banyak akan memudharatkan kita. kita tak pernah pikir positif. tak boleh ke kita didik diri kita untuk kurangkan pengambilan gula. kalau takut harga di kantin sekolah naik, pulaukan kantin tu. suruh anak-anak kita bawa bekal. kita sebagai pengguna ada kuasa. kalau harga makanan di kedai mahal, cuba la cari yang murah. tak pun bawa bekal sendiri. kenapa mentaliti kita masih diletakkan dalam kelas ketiga dalam isu macam ni.

Nampaknya kenaikan harga gula ini perlulah dilihat daripada beberapa sudut.
Seperti apa yang dikatakan oleh Irwaty Ridzuan,kenaikan harga gula boleh membantu rakyat mengurangkan pengambilan gula dan hal ini boleh mendatangkan kebaikan sama ada dari segi kewangan dan juga kesihatan.
Kan kita nampak iklan yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan tentang cara makan sihat yang mengamalkan 5M yang merujuk kepada:


-mengurangkan gula
-mengurangkan garam
-mengurangkan minyak
-melebihkan buah-buahan
-melebihkan sayur-sayuran

Jadi, jadilah seorang pengguna yang pandai berfikir dan janganlah hanya fikir dari satu sudut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan