Selasa, 13 April 2010

Mudah.my, Paypal ganding bahu tawar pembayaran selamat

Mudah.my, Paypal ganding bahu tawar pembayaran selamat

KUALA LUMPUR 12 April - Perkhidmatan pasaran dalam talian Malaysia, Mudah.my telah berganding bahu dengan penyedia rumusan pembayaran dalam talian global terkemuka PayPal untuk menyediakan pilihan pembayaran selamat untuk pengguna laman web.
Pelawat yang sering memanfaatkan Mudah.my untuk pengiklanan, jualan dan belian kini boleh mengendalikan urus niaga menerusi PayPal yang memastikan penyaringan dan perkhidmatan susulan selamat yang ketat dilaksanakan.
Pengurus besar Mudah.my, Shylendra A. S. Nathan berkata, sebagai penyedia dalam talian terbesar di dalam negara, portal itu bukan hanya bertindak sebagai hos pembelian dan jualan.
"Kami juga merupakan platform untuk usahawan tulen Malaysia mengembangkan perniagaan mereka secara maya.
"Ciri-ciri keselamatan pembayaran selamat PayPal yang pelbagai akan menggalakkan keyakinan pengguna dan merancakkan industri yang beroperasi di bawah Mudah.my.
"Pasaran dalam talian kini berkembang di Asia memandangkan lebih ramai peniaga dan pengguna memahami nilai membeli belah dalam talian.
Pertumbuhan Mudah.my adalah bukti kepada peralihan dalam tingkah laku pengguna ini," kata Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara dan India Mario Shiliashki dalam satu kenyataan di sini. - Bernama


Sumber: Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan