Ahad, 11 April 2010

Rakyat Malaysia antara paling banyak guna air di Asia Tenggara

MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.

Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.
"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia.
"Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.

Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.
Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih.

Sumber: Utusan Malaysia

---------------
Pada pendapat saya,rakyat Malaysia memang bertuah berbanding rakyat negara-negara lain kerana dapat memperoleh sumber bekalan air dengan mudah.
Kita haruslah menghargai dan menggunakan sumber air secara berhemah agar masa depan kita dan generasi yang akan datang dapat memperoleh sumber air yang berterusan.

Setahunya kita,terdapat sesetengah negara misalnya negara China yang menghadapi kemarau akibat keputusan sumber air.Lebih dari 11 juta orang menderita kekurangan air minum karena kekeringan semakin panjang di barat daya China.

Demi mengelakkan keadaan di bumi ini semakin serious,kita haruslah menghargainya dengan menggunakan sumber semula jadi yang sedia ada dengan hemat dari sekarang.

Jangan biarkan keran air mengalir kalau tidak dipakai.
Kita juga perlulah memperbaiki paip yang bocor dengan segera atau melaporkan kepada operator air untuk mengelakkan pembaziran air.

Selain itu,air yang boleh dikatakan bersih seperti air bekas yang mengalir dari mesin cuci bolehlah digunakan untuk mencuci lantai atau tandas.Anda juga boleh menakung air hujan untuk perihal yang sama.
Bagi mencuci pinggan mangkuk pula,cucilah dengan baskom berisi air bagi mengelakkan pengaliran air yang berlebihan.Hal ini dapat mengelakkan pembaziran sama ada dari segi kewangan dan juga sumber semula jadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan