Ahad, 11 April 2010

Tip Membeli-belah sempena Jualan Murah

Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik.
Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah.
Baca iklan-iklan jualan murah.
Sesetengah pusat membeli-belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”.
Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok. 

*Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan.
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. 
Malangnya pasar raya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. 
Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

*Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

*Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasar raya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
 
*Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.


Sumber: Mingguan Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan