Rabu, 14 April 2010

Perbandingan Harga dan Kualiti

PERBANDINGAN HARGA DAN KUALITI

Semasa anda membeli-belah, pastikan anda tidak tergesa-gesa membeli sesuatu barang. sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barang jenama tertentu, bandingkan kualiti harganya dengan kualiti dan harga jenama lain yang merupakan alternatif.
BEBERAPA PANDUAN UNTUK MEMILIH BARANGAN
Apabila anda mempunyai peluang untuk membuat pilihan, anda biasanya akan membuat perbandingan dari segi harga terlebih dahulu. Tetapi membuat perbandingan harga bukanlah tugas yang semudah itu. Sebagai misalan, katakanlah anda ingin membeli syampu di pasaraya.
Anda mungkin memikirkan bahawa botol yang lebih besar adalah lebih ekonorni berbanding dengan saiz kecil tetapi adakah anda pasti yang perkara ini benar? Kadang-kadang saiz botol yang keciI adalah lebih ekonorni berbanding dengan saiz botol yang besar. Jadi bagaimana anda membandingkan barangan yang sama tetapi mempunyai isipadu yang berbeza? Anda perlu ambil perhatian mengenai harga seunit (unit price). Harga seunit merupakan asas yang baik untuk membuat perbandingan antara barangan. Misalnya harga sos tomato ditentukan berdasarkan harga bagi setiap I 00ml.
Dengan merujuk kepada harga seunit, anda dengan mudah dapat membandingkan harga walau apa pun saiz dan rekabentuk pembungkusan sos tomato berkenaan. Harga seunit adalah satu cara yang berkesan yang dapat membantu pengguna untuk membandingkan harga apabila terdapat pelbagai saiz dan pembungkusan yang berbeza. Semasa membuat perbandingan harga berdasarkan harga seunit, anda juga perlu membuat perbandingan dari segi kualiti barangan berkenaan. Dengan kata lain anda juga perlu mendapatkan maklumat lain mengenai barangan, membuat perbandingan dan penilaian keatas setiap alternatif yang ada.
CARA MENGUMPUL MAKLUMAT BARANGAN
1. Baca dengan teliti petunjuk yang diberikan bersama dengan barangan seperti "kandungan" "kegunaan", "perhatian", " amaran" ,"bahaya" dan sebagainya. Pernyataan berkenaan adalah maklumat yang penting berhubung dengan kualiti barangan.
2. Baca laporan ujian mengenai barangan dalam majalah/akhbar yang mempunyai edaran di merata dunia. Langkah ini sesuai  untuk mengetahui pendapat pihak yang boleh dipercayai.
 3.    Memberi perhatian terhadap petunjuk yang itetapkan atau dinyatakan oleh industri terrtentu atau Kerajaan, jika terdapat.
4.     Risik dan dengar dari teman atau taulan yang mungkin mempunyai pengalaman menggunakan barangan yang sama seperti  yang anda bercadang untuk membeli.
Ringkasnya anda harus faham bahawa harga yang tinggi tidak bererti ia mempunyai kualiti terbaik. Ingat bahawa jenama yang terkenal sentiasa diiklankan lazimnya dijual pada harga tinggi kerana kos pengiklanan dan promosi selain daripada kualitinya.
Sebelum memutuskan mana satu barang atau jenama yang hendak dibeli, bandingkan harga dan kualitinya terlebih dahulu. Perbandingan harga dan kualiti boleh juga anda lakukan dengan membuat pengujian sendiri ke atas beberapa jenama. Perbandingan seperti ini boleh dilakukan kepada barangan keperluan seperti makanan dan minuman, pakaian dan sebagainya yang tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.
INGATLAH! BARANG YANG BERMUTU TINGGI
  • Tidak semestinya mahal
  • Tidak semestinya kerap diiklankan
  • Tidak semestinya diimport
  • Tidak semestinya cantik bungkusannya
  • Tidak semestinya cantik katalognya
  • Boleh dicari jika pembeli bijak


Sumber: http://www.sabah.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan